Tindak balas antarabangsa Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006

  •  Australia - Qantas memulakan pemeriksaan keselamatan yang ketat, mula-mulanya untuk penerbangan-penerbangan ke AS dan UK, tetapi Perdana Menteri John Howard menyebut bahawa ini mungkin akan menjadi pengharaman yang kekal tidak lama lagi.
  •  Barbados - Kelewatan-kelewatan lalu lintas udara melanda banyak lapangan terbang di seluruh dunia, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Grantley Adams di Barbados. Sebaik sahaja dasar pengetatan keselamatan dimulakan, kelewatan-kelewatan telah menjejaskan banyak pelancong, termasuk percubaan Perdana Menteri Tony Blair untuk memendekkan percutiannya di Caribbean dan kembali ke United Kingdom. Selepas mengikuti perkembangan-perkembangan ancaman keselamatan yang terbaru dari tempat percutiannya, Blair dilaporkan memutuskan untuk terbang kembali ke United Kingdom pada petang 10 Ogos 2006.
  •  Belanda - Kerajaan Belanda berkata bahawa komplot keganasan UK tidak akan menjejaskan taraf ancaman dalam negara yang masih dikekalkan pada taraf "cukup tinggi" dan "rendah" untuk Schiphol.[28]
  •  Belgium - Polis Persekutuan Belgium yang menyelaraskan usaha-usaha dengan kerajaan-kerajaan British dan Perancis, mengetatkan keselamatan landasan Eurostar yang mengaitkan London dengan Paris dan Brussel. [29]
  •  Filipina - Pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah mengetatkan keselamatan di lapangan-lapangan terbangnya. Kebanyakan langkah keselamatan kini termasuk pemeriksaan ketat bagi semua kenderaan yang masuk ke lapangan terbang. Jawatankuasa Keselamatan Lapangan Terbang telah bertemu untuk memuktamadkan jenis barang-barang yang tidak dibenarkan dalam bagasi tangan. [30]. Wakil-wakil NAIA juga menyatakan bahawa semua penerbangan ke AS telah melarang penumpang-penumpangnya membawa barang-barang cecair ke dalam pesawat.
  •  Finland - Finnair, sistem penerbangan negara Finland membatalkan dua penerbangannya ke Heathrow London pada hari Khamis, tetapi penerbangan-penerbangan yang lain hanya mengalami sedikit kelewatan. Syarikat-syarikat penerbangan lain yang terbang ke dan dari Finland hanya mengalami kelewatan sahaja. Penumpang-penumpang dilarang membawa sebarang barang kecuali dokumen-dokumen peribadi dan dompet dalam penerbangan-penerbangan ke Britain. [31]
  •  Hong Kong - Pihak berkuasa Lapangan Terbang Chek Lap Kok menasihatkan penumpang-penumpang ke Amerika Syarikat untuk tiba tiga jam lebih awal dari masa penerbangan yang dijadualkan supaya diperlukan menjalani pemeriksaan keselamatan yang lebih ketat. .
  •  Ireland - Di Republik Ireland, Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan Awam Negara yang menasihatkan Pemerintah Ireland bertemu untuk mengkaji semula keadaan. Martin Cullen, Menteri Pengangkutan Ireland, berkata bahawa tidak terdapat sebarang penambahan risiko keselamatan. [32]
  •  Jepun - Walaupun keselamatan lapangan terbang tidak diketatkan, hanya Sistem Penerbangan Jepun dan Sistem Penerbangan Se-Nippon memulakan pelarangan barang-barang cecair daripada pesawat-pesawat mereka. .
  •  Kanada - Pengangkutan Kanada, walaupun tidak sedar akan sebarang ancaman khusus terhadap Kanada, juga menghalang semua barang cecair dan gel di dalam bagasi tangan untuk penerbangan-penerbangan yang bertolak, khususnya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto Pearson dan Lapangan Terbang Antarabangsa Montréal-Pierre Elliott Trudeau. Kekecualian dibuat untuk rumusan bayi dan ubat preskripsi yang sah. [33] Selain itu, semua kasut penumpang yang membuat perjalanan ke Amerika Syarikat juga diperiksa. [34]
  •  New Zealand - Sekatan-sekatan keselamatan tambahan dikenakan pada penumpang-penumpang ke UK dari New Zealand, dan terdapat sesetengah kelewatan penerbangan. Bagaimanapun, tiada sebarang penerbangan yang telah dibatalkan. [35]
  •  Norway - Kerajaan Norway tidak akan mengubahkan taraf ancaman yang masih dikekalkan pada taraf "rendah". [36]
  •  Liberia - Kerajaan Liberia membuat kenyataan tentang apa yang telah terjadi: "Saya percaya bahawa penganas-penganas perlu ditangkap dan dihukum, saya menyeru orang-orang di seluruh dunia untuk membantu mencari penganas-penganas itu."
  •  Pakistan - Kerajaan Pakistan membuat beberapa penangkapan sebagai tindak balas terhadap komplot ini. Tasnim Aslam, jurucakap Kementerian Luar Negeri, berkata: "Penangkapan-penangkapan di United Kingdom menyusuli kerjasama perisikan yang aktif antara Pakistan, United Kingdom dan Amerika Syarikat". Aslam juga menyatakan bahawa "Sebenarnya, Pakistan memainkan peranan yang amat penting dalam pendedahan dan pemecahan rangkaian penganas antarabangsa ini." [37]
  •  Sweden - Goran Persson, Perdana Menteri berkata kepada Aftonbladet bahawa "terorisme ingin menimbulkan sakit." Persson berkata bahawa beliau belum berhubung dengan Perdana Menteri Blair kerana Blair telah bercuti. Jan Eliasson, [[Menteri Hal-ehwal Luar Negeri (Sweden)|Menteri Hal-ehwal Luar Negeri] memberitahu akhbar Svenska Dagbladet: "Ini menunjukkan bahawa kita harus mengambil berat terhadap terorisme dan bergabung tenaga untuk kerjasama melintasi sempadan. Saya amat menghargai usaha-usaha yang telah dibuat oleh Polis British." .
  •  Taiwan - Taipei mengetatkan langkah-langkah keselamatan dalam semua penerbangan ke Amerika Syarikat dan United Kingdom. Semua syarikat penerbangan Taiwan mengharamkan penumpang-penumpang ke UK dan AS untuk membawa "bagasi tangan yang besar ke dalam pesawat. Cecair-cecair seperti gel rambut, losen pelindung cahaya matahari, minyak wangi, syampu, ubat gigi, dan minuman harus didaftar masuk dan tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam pesawat". [38]

Rujukan

WikiPedia: Komplot pengeboman pesawat rentas Atlantik 2006 http://www.cbc.bb/content/view/6845/10/ http://www.cbc.ca/world/story/2006/08/10/bombing-a... http://blogs.abcnews.com/theblotter/2006/08/explos... http://www.britishairways.com/travel/flightops/pub... http://www.chron.com/disp/story.mpl/ap/politics/41... http://edition.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/i... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://edition.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.... http://www.cnn.com/2006/US/08/10/us.security/index... http://www.cnn.com/2006/WORLD/europe/08/10/uk.terr...